Pusat pameran Honda bertaraf 3S kini di Cheras

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) telah merasmikan pembukaan pusat pameran bertaraf 3S yang terletak di Cheras yang dioperasikan sepenuhnya oleh MJN Motors Sdn Bhd.

 

Pusat pameran 3S itu akan memberikan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti kepada penduduk sekitar Cheras, Kajang, dan Seri Kembangan selari dengan usaha Honda meningkatkan lagi kepuasan pelanggan.

 

Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM6 juta, fasiliti dengan keluasan 11,000 kaki persegi itu menawarkan peralatan dan kelengkapan terkini mengikut piawaian standard Honda.

Terdapat 12 ruang yang disediakan mampu memberikan khidmat servis dan alat ganti kepada hampir 30 buah kenderaan untuk sehari, selain daripada ruang menunggu, Bilik Eksekutif, sudut kanak-kanak, kafe dan Surau.

MJN Motors juga turut menyediakan khidmat seperti pembaharuan cukai jalan, insurans kenderaan dan juga khidmat Courtesy Car.

 

 

Sehingga kini, terdapat lebih 96 buah pusat pengedar Honda dengan 20 Body and Paint Centre di seluruh negara selari dengan misi Honda memperbaiki mutu khidmat pelanggan serta khidmat selepas jualan.

Honda Malaysia juga mencatatkan rekod yang sangat baik pada separuh pertama tahun 2018  dengan jumlah jualan mencecah 51,354 unit kenderaan dan jumlah tempahan melebihi 20,000 unit pada bulan Jun sahaja, menjadikan Honda kekal sebagai jenama bukan nasional nombor satu dan tempat kedua di dalam jumlah volum industri (TIV).

Selain peningkatan terhadap jualan, jumlah servis selepas jualan juga meningkat sebanyak 11% atau 612,000 unit berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan kawasan sentral mencatatkan peratusan kemasukan servis selepas jualan sebanyak 48%, kenaikan sebanyak 10% berbanding separuh pertama tahun 2017.

 

 

Pusat Pameran 3S Honda ini terletak di Lot 58274, Jalan Sayang 1, Taman Rasa Sayang, 43200 Cheras, Selangor dan boleh dihubungi menerusi talian 03-9081 6088.

Pelanggan juga boleh melayari laman rasmi Honda di alamat www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

0 Shares