Berita Global

Berita Global, Informasi

Mazda lengkapkan restorasi pertama spesifikasi kilang Mazda Roadster NA

Ini bukan kali pertama syarikat pengeluar mengadakan program restorasi bagi mengembalikan keadaan kereta pengguna kepada spesifikasi kilang, terutama bagi kereta yang mendatangkan memori nostalgia kepada para pemiliknya. Mazda baru-baru ini baharu sahaja selesai menyiapkan sebuah projek restorasi yang dilakukan terhadap sebuah Mazda Roadster generasi NA (MX-5 NA) yang diproduksikan pada […]

Berita Global, Kereta

Volvo perkenal V60 Cross Country baharu – varian T5 dengan 250 hp, 350 Nm

Jika sebelum ini Volvo memperkenalkan versi baharu Volvo V60 dengan tema versatiliti dalam kekeluargaan, versi Cross Country yang baharu sahaja diperkenalkan ini pula membawa tema tersebut jauh merentasi desa. V60 Cross Country sebenarnya merupakan sebuah V60 namun dengan jarak kelegaan daripada tanah telah dinaikkan sebanyak 74.93 mm daripada ketinggian asal […]

Berita Global, Informasi

Pemandu tidak faham fungsi ciri keselamatan yang ada pada kereta – kajian AAA

Ujian keselamatan yang semakin ketat kini memaksa pengeluar automotif melengkapkan kenderaan mereka daengan sistem bantuan keselamatan termaju atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) seperti sistem pengawasan titik buta, bantuan pengekalan laluan. Namun begitu, laporan yang dijalankan oleh AAA Foundation for Traffic Safety mendapati tidak ramai pemandu yang faham fungsi di […]

Berita Global, Informasi, Trak

Triton baharu sempena ulang tahun yang ke-40 trak pikap Mitsubishi ke dunia

Tidak ramai yang mengetahui bahawa trak pikap Mitsubishi sebenarnya kini menyambut ulang tahun yang ke-40 sejak pengenalan pertama ke dunia pada tahun 1978. Ketika itu, industri dunia permainan video telah ditawan oleh permainan Space Invaders, dan Jepun pula pada ketika itu melancarkan sistem rangkaian telekomunikasi selular automatik pertama. Generasi trak […]

0 Shares
Berita Global, Motosikal

Video keempat diterbitkan – Suzuki Katana sedia beraksi!

Setelah video ketiga diterbitkan untuk memperkenalkan rekaan tangki bahan api Suzuki Katana, video terbaharu kali ini berjaya menampikan sebuah rakaman Katana dengan lengkap sedang meluncur di atas jalan. Katana baharu ini menampilkan bahasa rekaan “79 Target Design” yang telah diberikan sentuhan rekaan moden dan hasilnya, sebuah Katana yang benar-benar cantik […]

Berita Global, Kereta

BAIC tetap berjaya kuasai pasaran dengan SUV BJ40 Plus ala-ala Wrangler

Sekilas pandang, anda mungkin menyangka ia sebuah Jeep Wrangler memandangkan rekaan badan yang muskular dan tegap ini. Namun, anda silap kerana ia sebenarnya sebuah SUV BJ40 Plus dengan kemampuan off-road yang dihasilkan oleh syarikat China, BAIC, dikatakan sebagai pesaing kepada Suzuki Jimny. Terdapat empat varian yang ditawarkan iaitu 2.0 T […]

Berita Global, Kereta

Honda Jazz generasi baharu sedang diuji – varian petrol, hibrid dan EV dalam perancangan

Honda Jazz (Honda Fit untuk sesetengah pasaran) sudah berada di pasaran semenjak tahun 2014, dan sehingga kini, Honda telah mendatangkan beberapa kemas kini bagi memastikan hatchback popular ini kekal malar segar untuk pasaran. Namun, beberapa gambar intipan yang disebarkan melalui laman web Carscoops ini membuktikan Honda sedang menguji generasi baharu […]

Berita Global, Elektrik

Tesla Model 3 pendahulu senarai kereta elektrik paling laris di USA 2018

Pasaran kenderaan elektrik (EV) di Amerika Syarikat sebenarnya tidaklah begitu memberangsangkan, memandangkan permintaan di sana lebih cenderung untuk memilih trak pikap, crossover dan SUV. Berdasarkan jangkaan angka jualan keseluruhan sehingga penghujung bulan Ogos 2018, dianggarkan sebanyak 11.2 juta unit kenderaan baharu terjual di Amerika dan daripada angka tersebut, hanya 114,200 […]

Berita Global, Teknologi

Sound.AI – sistem kecerdasan pintar mengesan bunyi siren daripada bomba, ambulans

Antara masalah utama yang sering dihadapi oleh para penyelamat ialah kesukaran dan kedegilan kenderaan lain memberikan laluan kepada mereka ketika berlaku kecemasan, terutama ketika membawa pesakit ke hospital. Tambah merumitkan apabila laluan kecemasan yang sewajarnya dikosongkan untuk tujuan itu telah digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagi mengelakkan kejadian yang […]

Berita Global, Kereta

MPV pertama Geely didedahkan – Adakah ini model pengganti Exora?

Geely telah melepaskan beberapa keping gambar acah yang menunjukkan model MPV baharu berdasarkan model konsep VF11 yang dipertontonkan beberapa tahun yang lalu. Berdasarkan imej tersebut, MPV tersebut hadir dengan¬† dengan rekaan gril ‘expanding cosmos‘ diikuti dengan lampu hadapan yang menjadi identiti tersendiri sebagaimana yang terdapat pada model Binrui dan Borui. […]