Automobil – Terbaru Berita

Berita Domestik, Pelancaran

Ford Everest dengan enjin Raptor kini di Malaysia – 213 PS/500 Nm, RM258,888!

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan SUV Ford Everest yang kini telah dipertingkatkan dari segi keupayaan, kecekapan, dan keselamatan di samping memberikan rupa bentuk yang menarik serta ruang dalaman yang lebih selesa. Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, dengan pelancaran Everest baharu […]

Berita Domestik, Motosikal

Akibat tidak puas hati dengan insentif, aplikasi GrabFood lumpuh seketika

Bagi mereka yang sering kali menempah makanan menerusi aplikasi mudah alih GrabFood, lupakan sahaja hasrat anda oleh kerana salah satu penyedia penghantaran makanan dalam talian paling popular itu dilaporkan lumpuh seketika. Difahamkan, para pekerja perkhidmatan (rider) tersebut telah melakukan tunjuk perasaan sehingga menyebabkan GrabFood tidak dapat beroperasi seperti biasa, dan […]

Berita Global, Informasi

Mazda lengkapkan restorasi pertama spesifikasi kilang Mazda Roadster NA

Ini bukan kali pertama syarikat pengeluar mengadakan program restorasi bagi mengembalikan keadaan kereta pengguna kepada spesifikasi kilang, terutama bagi kereta yang mendatangkan memori nostalgia kepada para pemiliknya. Mazda baru-baru ini baharu sahaja selesai menyiapkan sebuah projek restorasi yang dilakukan terhadap sebuah Mazda Roadster generasi NA (MX-5 NA) yang diproduksikan pada […]

Berita Global, Kereta

Volvo perkenal V60 Cross Country baharu – varian T5 dengan 250 hp, 350 Nm

Jika sebelum ini Volvo memperkenalkan versi baharu Volvo V60 dengan tema versatiliti dalam kekeluargaan, versi Cross Country yang baharu sahaja diperkenalkan ini pula membawa tema tersebut jauh merentasi desa. V60 Cross Country sebenarnya merupakan sebuah V60 namun dengan jarak kelegaan daripada tanah telah dinaikkan sebanyak 74.93 mm daripada ketinggian asal […]

Berita Global, Informasi

Pemandu tidak faham fungsi ciri keselamatan yang ada pada kereta – kajian AAA

Ujian keselamatan yang semakin ketat kini memaksa pengeluar automotif melengkapkan kenderaan mereka daengan sistem bantuan keselamatan termaju atau Advanced Driver Assistance System (ADAS) seperti sistem pengawasan titik buta, bantuan pengekalan laluan. Namun begitu, laporan yang dijalankan oleh AAA Foundation for Traffic Safety mendapati tidak ramai pemandu yang faham fungsi di […]

Berita Global, Informasi, Trak

Triton baharu sempena ulang tahun yang ke-40 trak pikap Mitsubishi ke dunia

Tidak ramai yang mengetahui bahawa trak pikap Mitsubishi sebenarnya kini menyambut ulang tahun yang ke-40 sejak pengenalan pertama ke dunia pada tahun 1978. Ketika itu, industri dunia permainan video telah ditawan oleh permainan Space Invaders, dan Jepun pula pada ketika itu melancarkan sistem rangkaian telekomunikasi selular automatik pertama. Generasi trak […]

Berita Global, Motosikal

Video keempat diterbitkan – Suzuki Katana sedia beraksi!

Setelah video ketiga diterbitkan untuk memperkenalkan rekaan tangki bahan api Suzuki Katana, video terbaharu kali ini berjaya menampikan sebuah rakaman Katana dengan lengkap sedang meluncur di atas jalan. Katana baharu ini menampilkan bahasa rekaan “79 Target Design” yang telah diberikan sentuhan rekaan moden dan hasilnya, sebuah Katana yang benar-benar cantik […]

Berita Domestik, Pelancaran

Land Rover Discovery Sport dengan enjin Ingenium 2.0 liter – RM379,800 atas jalan

Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Land Rover Discovery Sport dengan varian enjin petrol baharu 2.0 liter Ingenium. Enjin empat silinder berkuasa turbo twin-scroll ini mampu menghasilkan 240 PS dan daya kilas 340 Nm (1,250 rpm) sebelum digandingkan dengan transmisi ZF sembilan nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda dengan […]