Berita Domestik Kereta

SUV Perodua D38L bakal guna enjin Myvi 1.5 liter 2NR-VE

Perodua amat berahsia di dalam pembangunan sesebuah produk (merujuk kepada Perodua Myvi), namun berdasarkan sedikit maklumat yang kami dapati sebelum ini, bahagian pembekal Perodua juga kini sedang menghasilkan panel untuk digunakan pada SUV Perodua terbaharu dengan kod nama D38L.

SUV D38L yang dibangunkan berasaskan platform Toyota Rush yang dijual di Indonesia dikatakan tidak akan berubah begitu ketara dan bakal membawakan imej Rush sepenuhnya kecuali beberapa bahagian yang mungkin dibangunkan sendiri oleh Perodua.

unit yang sama didapati pada Toyota Vios

Toyota Rush di Indonesia didatangkan dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE yang menghasilkan 104 PS dan tork maksimum 136 Nm sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual dan automatik empat kelajuan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Perodua bakal menawarkan kedua-dua transmisi untuk pasaran Malaysia ataupun tidak dalam masa terdekat ini.

Di Malaysia, enjin 2NR-VE yang digunakan pada model Perodua Myvi 1.5 liter dikatakan bakal menjadi kelemahan utama untuk SUV D38L berdasarkan rungutan sebilangan pemilik Myvi ini yang melaporkan kekurangan dari segi prestasi pada Myvi 1.5 liter ini, terutama dari segi daya kilas yang dibekalkan.

Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi pembeli berpotensi terutama bagi mereka yang ingin beralih daripada sedan/hatchback kepada SUV tujuh tempat duduk ini.

Apa yang pasti, Perodua sudah tentu lebih arif tentang hal berbangkit ini dan mungkin akan hadir dengan penyelesaian mereka tersendiri bagi mengatasi masalah ini sebelum melancarkan D38L secara rasmi.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.