Semalam susur masa media sosial gempar dengan kehadiran sebuah Proton Iriz yang sedang diuji ditampal dengan pelekat penyamaran pada hadapan dan bumper belakang kereta hatchback tersebut.
Terima kasih kepada Ajerul yang berkongsikan gambar beliau, serta rakan kami di Funtasticko, kita dapat melihat dengan lebih jelas Proton Iriz yang sedang diuji itu di kawasan yang tidak dinyatakan.
Jika dibandingkan dengan rekaan semasa Proton Iriz, jelas kelihatan pemantul cahaya pada bahagian bumper telah dialih kedudukannya, menjadikannya sedikit tinggi berbanding model terdahulu, manakala kedudukan nombor plet berubah kedudukan menghampiri dasar bumper.
Manakala bahagian pintu boot pula dilekatkan dengan pelekat berwarna hitam, mencadangkan Proton Iriz facelift ini mungkin hadir dengan rekaan trim yang berbeza berbanding model semasa.

Memandangkan sebelum ini Proton Iriz telah dikemaskini spesifikasinya kepada cagak enjin tiga punca serta kemaskini perisian ECU, tidak dapat dipastikan apakah pembaharuan yang bakal dibawakan oleh Proton menerusi facelift kali ini.
Kami akan cuba bawakan berita terkini berkenaan Iriz facelift ini.