Berita Domestik Kereta

Peugeot uji sedan 508 di China – jarak antara roda yang lebih panjang

Pasaran di China sukakan kereta dengan jarak antara roda yang lebih panjang, jadi demi memenuhi permintaan yang besar di kalangan penduduk China, Peugeot hadir dengan sebuah sedan segmen D yang tampak sama seperti 508.

Usah keliru, kerana ia sebenarnya masih merupakan sebuah model 508 namun dengan jarak antara roda yang telah dipanjangkan sedikit berbanding model asas (2,790 mm).

 

Berdasarkan pemerhatian, perubahan yang dibuat tidak begitu ketara melainkan pada bahagian tingkap belakang yang telah direka untuk disesuaikan dengan jarak roda yang telah dipanjangkan.

Selain daripada itu, model yang digelar 608 secara tidak rasmi ini tidak akan hadir dengan pintu belakang seperti mana rekaan fastback pada 508, bahkan ia sebenarnya mempunyai rekaan boot tradisional seperti sebuah sedan.

Perubahan jarak antara roda yang tidak dinyatakan panjangnya itu sedikit sebanyak mempengaruhi keluasan ruang kabin terutamanya ruang kaki, sesuatu yang amat dihargai oleh pengguna di China.

Peugeot 608 ini akan dilancarkan di pasaran China seawal tahun 2019 dan hadir dengan penawaran enjin yang serupa sepertimana kembar 508 dan 508 SW beserta transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Pihak Peugeot juga menyatakan versi plug-in hybrid (PHEV) bakal menyusul selepas pelancaran rasmi model 608 ini.

One Comment

  1. Pingback: Peugeot 3008 GT, 508 dan 508 SW terima varian HYBRID dan HYBRID4 bermula Q2 2019

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.