Berita Domestik Kereta

Perhimpunan besar-besaran pemilik kenderaan Mitsubishi meriah!

Triton Tuners Club Malaysia (TTCM) merupakan kelab pelopor bagi pemilik – pemilik jentera Mitsubishi Triton telah berjaya menjalankan 2 program besar serentak baru – baru ini, bermula dengan 7th Mitsubishi Triton Merdeka Jamboree 2018 yg berlangsung pada 31/8/2018 dan 1/9/2018 dan seterusnya mengelola 1st Mitsubishi Owners Gathering 2018 pada 2/9/2018 di lokasi yang sama.

Program – program ini berjalan dengan jayanya dengan sokongan padu dari penaja – penaja seperti Mitsubishi Motors Malaysia, Toyo Tyres Malaysia, Chan Auto Services, Pakelo, Liqui Moly, K1 Exhaust System, Eon Auto Mart, T Max Discovery Malaysia, Wan 2 Go, Kay Adventure dan lain – lain lagi.

Acara pertama dimeriahkan dengan kehadiran 115 jentera Mitsubishi Triton bersama – sama 350 orang peserta.

Bertemakan MERDEKA tahun ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 7 TTCM, riadah Explore Race bertemakan sejarah negeri Melaka bersama ahli keluarga, aktiviti riadah sukan air, permainan kanak – kanak, sesi bergambar bersama jentera masing – masing dan diakhiri dengan Malam Santai Merdeka berkonsepkan
BBQ.

Toyo Tyres turut berbesar hati menaja 1 set tayar bagi pemenang cabutan bertuah utama, di samping sesi cabutan bertuah dari penaja – penaja lain.

TTCM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 7 pada 31/8/2018. Mesyuarat ini telah menyaksikan perlantikan barisan kepimpinan kelab yang baru oleh ahli – ahli, yang turut mengangkat saudara Adli Shah sebagai Presiden Baru bagi sesi 2018 – 2020.

Mesyuarat Agung Tahunan ini turut membentangkan perjalanan aktiviti – aktiviti yang lalu dan perancangan masa hadapan. Pihak Etiqa Takaful hadir bagi membuat penerangan
ringkas Polisi Insurans Takaful Berkelompok Wakalah berkonsepkan Manfaat Kematian dan Kecacatan Kekal yang ditawarkan pada ahli – ahli berdaftar.

TTCM merupakan satu – satunya kelab kenderaan yang berdaftar dengan program seumpamanya di dalam negara kini.

Sesi penyerahan polisi juga dijalankan pada mesyuarat tersebut.

1st Mitsubishi Owners Gathering 2018 : 2 September 2018

Pada 2 September 2018, di lokasi yang sama iaitu Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka, TTCM dengan kerjasama padu para penaja dan ahli – ahli telah berjaya menjalankan 1st Mitsubishi Owners Gathering 2018.

Bermula jam 9 pagi, program ini telah berjaya merekodkan seramai lebih 580 kenderaan pelbagai segmen seperti Triton, Storm, Pajero, Lancer, Mirage, Attrage, Airtrek, Gallant VR4, Super Touring, dan Lancer Turbo.

Dengan kehadiran pengunjung lebih 1500 orang, program ini berjaya mengumpulkan pemilik – pemilik kenderaan Mitsubishi ekslusif seawal tahun 1980an hingga model terkini 2018.

Dimulakan dengan program pendaftaran dan pelancaran program, program ini turut menyaksikan pelbagai aktiviti berjaya dilaksanakan antaranya, pertunjukan kenderaan, demonstrasi pengubahsuaian kenderaan, sistem ekzos dan lain – lain lagi.

Program ini telah dilancarkan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, En. Muhammad Jailani bin Khamis bersama – sama CEO Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi.

Terdapat juga tapak – tapak jualan dan pameran oleh para penaja seperti Toyo Tyres, Rymax, Pakelo, Grant, Kay Adventure, K1 Exhaust System, Mitsubishi Motors Malaysia, Organic Touch, Wan 2 Go dan barangan – barangan eksklusif dari TTCM.

Selain itu, pihak TTCM juga telah menjalankan lebih 50 cabutan bertuah hasil tajaan para
penaja dan TTCM sendiri, dengan hadiah utama kali ini, TV Sony Bravia 50 inci hasil tajaan Aerocar.

Semoga acara-acara sedemikian dapat diteruskan bagi menyemarakkan lagi semangat dunia permotoran dikalangan rakyat Malaysia.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.