Berita Domestik Elektrik Kereta

Nissan Leaf bakal dilancarkan dalam masa terdekat

Kira-kira setahun yang lalu ketika pelancaran rasmi Nissan Leaf peringkat global, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengesahkan kehadiran generasi kedua hatchback berkuasa elektrik ke pasaran Malaysia pada tahun berikutnya (2018).

Genap setahun masa berlalu, berita tersebut bakal menjadi kenyataan apabila terdapat desas desus yang menyatakan Nissan Leaf akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Umum mengetahui Nissan menerusi ETCM membawa masuk model generasi pertama Nissan Leaf secara rasmi dengan harga jualan bermula dari RM168,800 (harga terkini Nissan Leaf RM180,566).

Jadi, menerusi kemasukan Nissan Leaf 2018 ke pasaran Malaysia, ia diharapkan mampu merancakkan lagi penjualan kenderaan elektrik di sini, apatah lagi ramai peminat yang tertunggu-tunggu kehadiran hatchback ini.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang info berkenaan harga jualan didedahkan oleh ETCM, namun sebagai perbandingan harga, Nissan Leaf dijual di pasaran Jepun bermula pada harga sekitar 3.15 juta yen (kira-kira RM117k tidak termasuk cukai berkaitan).

Sehingga bulan Jun 2018, Nissan telah mencatatkan jumlah jualan Nissan Leaf yang begitu memberangsangkan apabila ia melepasi tahap 20,000 unit sahaja untuk pasaran Jepun!

Dengan pertumbuhan stesen pengecasan di stesen minyak utama dan pusat membeli belah seluruh negara, dan tindakan bijak ETCM untuk memainkan harga jualan yang tepat, tiada sebab untuk menidakkan fakta Nissan Leaf bakal menjadi kenderaan elektrik terlaris di pasaran Malaysia.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Nissan Leaf 2018.

Sistem pacuan kuasa:
Motor elektrik pacuan roda hadapan (147 hp/320 Nm)
Pek bateri lithium-ion 40 kWh
Jarak pengoperasian 400 km berdasarkan ujian di Jepun (378 km berdasarkan data NEDC)
Sistem pengecas 6.6 kW (8 jam masa pengecasan)
Sistem pengecas pantas (80% dalam masa 40 minit)

Pengendalian:
Suspensi bebas hadapan dengan bar pengimbang
Suspensi torsion beam belakang dengan bar pengimbang
Stereng berkuasa elektrik
Sistem brek regeneratif

Keselamatan:
Advanced Air Bag System (AABS) dengan dua fasa pelaksanaan, 6 buah beg udara
ABS, EBD, Vehicle Dinamic Control, Traction Control
Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
Brek kecemasan automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
Ciri bantuan pemanduan ProPILOT
Amaran titik buta (BSW), amaran lintasan trafik arah belakang (RCTA), Intelligent Driver Alertness (I-DA), Intelligent Lane Intervention (I-LI)

Euro NCAP 2018 – penarafan lima bintang penuh.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.