Berita Domestik Kereta

Honda Double Joy tawar bonus sehingga RM20,000 sepanjang bulan September

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-70 Honda pada bulan September ini, Honda Malaysia mengadakan promosi Double Joy dengan memberikan bonus rebat kepada para pelanggan setia Honda.

Menerusi kempen Double Joy ini, para pelanggan boleh menikmati dua bonus serentak, iaitu Honda Bonus dan Honda 70th Birthday Bonus bernilai sehingga RM20,000 bagi model-model yang terpilih bermula 1 September sehingga 30 September ini.

Para pelanggan juga turut berpeluang untuk menyertai peraduan Joy of Buying yang melayakkan mereka merebut peluang memenangi sebuah Honda City untuk tujuh minggu berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Honda di alamat www.honda.com.my

Senarai Honda Bonus dan Honda 70th Birthday Bonus boleh dirujuk menerusi gambar di bawah.


Beberapa fakta berkenaan Honda Malaysia

  • jenama nombor satu bagi segmen Bukan Nasional daripada Januari-Julai 2008
  • jumlah jualan mencecah 35,000 unit sehingga bulan Ogos
  • City, Civic dan Jazz merupakan model terlaris di pasaran.
  • Honda HR-V baharu bakal dilancarkan kelak
  • City menguasai 35% jumlah jualan keseluruhan Honda, diikuti Civic (17%) dan Jazz (15%).
0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.