Berita Domestik Gear

Luminox tambah warna baharu untuk jam tangan Leatherback Sea Turtle Giant 0320 Series

Luminox dengan bangganya mengumumkan penambahan warna baharu ke dalam siri Leatherback Sea Turtle Giant 0320 yang diinspirasikan daripada unsur ketenteraan dan penyelam dasar lautan.

Antara warna baharu yang ditawarkan termasuklah warna jingga (0329) dengan tali poliurethane (PU) berwarna hitam, manakala versi military khaki (0333) dan hunter-green (0337) pula didatangkan dengan strap jenis webbing berwarna hitam yang kuat dan kukuh.

Ketiga-tiga jam tangan ini diperbuat daripada casis CARBONOXTM, kaca kristal mineral yang diperkukuh serta ciri kalis air 10 ATM bagi memastikan operasi jam kekal berfungsi di bawah keadaan ekstrem.

Kesemua jam tangan dari siri Leatherback Sea Turtle Giant 0320 ini dilengkapi dengan ciri Luminox Light Technology (LLT) yang memastikan ia mampu memberikan iluminasi bacaan tanpa sebarang bantuan daripada cahaya luar selama 25 tahun lamanya.

Luminox mensasarkan jam tangan siri Leatherback Sea Turtle Giant ini kepada pasaran yang lebih besar dengan harga jualan ditetapkan pada RM1,195 sahaja.

Jam tangan Luminox boleh didapati di pusat membeli belah utama seperti Parkson @ KLCC & Pavilion, KL; Isetan @ KLCC, KL & 1 Utama, Selangor; SOGO, KL serta pengedar jam Luminox yang berdaftar.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi Crystal Time (M) Sdn Bhd di  +6 03 3000 8688 or layari laman web www.crystaltime.com.my.
Facebook: https://www.facebook.com/LuminoxMalaysiaBrunei/
Instagram: LuminoxMy

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.