Berita Global Elektrik Kereta

VW I.D. Buzz Cargo – kenderaan komersil swapandu tahap ke-4

Volkswagen sebelum ini pernah memperlihatkan model konsep elektrik yang dinamakan sebagai I.D. Buzz dengan ruang kabin yang luas (disebabkan tiada enjin), dan kali ini, mereka mendatangkan versi komersil yang dinamakan sebagai I.D. Buzz Cargo.

Sebagai sebuah kenderaan komersil, versi ini tidak didatangkan sebarang tingkap pada bahagian “penumpang” dan ruangan kargo di belakang mampu memuatkan barangan sehingga 800 kg dan mampu bergerak sejauh 550 km sekiranya pek bateri 111 kWh digunakan (mengikut kitaran WLTP).

Akan tetapi, saiz bateri yang disyorkan untuk I.D. Buzz Cargo ialah bermula dari 48 kWh  dan sistem pengecasan pantas DC 150 kW yang dibekalkan mampu memberikan kuasa sehingga 80% dalam masa hanya 15 minit.

Volkswagen turut melengkapkan I.D. Buzz ini dengan ciri pemanduan autonomi tahap ke-4 yang mana ia tidak memerlukan sebarang bantuan input daripada pemandu.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas VW I.D. Buzz Cargo seperti yang dinyatakan oleh laman Inside EVs.

  • pek bateri 48 kWh sehingga 111 kWh
  • jarak pengoperasian mampu mencecah 550 km (WLTP)
  • motor elektrik 150 kW, pacuan roda belakang dan AWD
  • had muatan 800 kg
  • soket kuasa 230 V, 16 A untuk kegunaan kerja
  • bumbung solar memberikan tambahan kuasa sejauh 15 km
  • pengecasan pantas 150 kW DC mampu beri 80% kuasa (111 kWh dalam masa 1/2 jam, 48 kWh dalam masa 15 minit)
  • slot pengecasan standard 11 kW
  • slot pengecasan tanpa wayar 11 kW

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.