Berita Global Informasi

Video: Mampukah anda lakukan ‘handbrake turn’ dengan punat e-brake?

Beberapa hari yang lalu, Automobil pernah menyiarkan laporan berkenaan brek tangan manual yang kini semakin menghampiri fasa kepupusan akibat peralihan kepada brek parkir elektronik atau e-brake di kalangan para pengeluar.

Sehingga kini, terdapat hanya 37% sahaja kenderaan baharu yang dijual di pasaran UK dilengkapkan dengan ciri brek tangan manual, bermakna tangan anda perlu bersenam sedikit ketika hendak meletakkan kenderaan atau ketika memulakan perjalanan.

Bagi golongan yang meminati brek parkir elektronik yang sudah kehilangan nikmat menggunakan brek tangan manual, adakah anda mampu untuk menarik perhatian orang ramai dengan cara yang stailo, seperti contoh handbrake turn?

Jawapannya tidak.

Saluran Youtube Top Gear telah menerbitkan sebuah video selingan yang menunjukkan pengacaranya Chris Harris memandu sebuah Volkswagen Golf R sebelum beliau cuba untuk melakukan handbrake turn.

Namun, tidak seperti brek tangan manual, brek parkir elektronik tidak mendatangkan kesan dramatik yang ditawarkan, dan sistem brek sekadar memberhentikan kenderaan tanpa mengunci sebarang pergerakan pada tayar, dan seterusnya menggagalkan cubaan membelok dengan bergaya.

Kedengaran sedikit sedih, bukan?

sedutan daripada filem Jackie Chan

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.