Berita Global Motosikal

Video keempat diterbitkan – Suzuki Katana sedia beraksi!

Setelah video ketiga diterbitkan untuk memperkenalkan rekaan tangki bahan api Suzuki Katana, video terbaharu kali ini berjaya menampikan sebuah rakaman Katana dengan lengkap sedang meluncur di atas jalan.

Katana baharu ini menampilkan bahasa rekaan “79 Target Design” yang telah diberikan sentuhan rekaan moden dan hasilnya, sebuah Katana yang benar-benar cantik dan menampakkan inspirasi sebenar warisan daripada Katana versi asal.

Untuk pengetahuan, Suzuki Katana GSX-R1000 merupakan hasil kerja daripada jurureka kelahiran Jerman termasuklah bekas ketua pereka dari BMW, Hans Muth.

Rekaan lampu hadapan pula sememangnya klasik dengan bentuk segi empat diapit dengan dua buah lampu nyalaan siang sebelum diakhiri dengan rekaan fairing yang lebih moden, manakala rekaan ekzos berkembar telah digantikan dengan sistem ekzos tunggal pada bahagian kanan.

Video ringkas itu turut memaparkan kedudukan posisi sebenar penunggang di atas Katana serba baharu ini, ditunjukkan kedudukan kaki yang sedikit tinggi dengan posisi lutut yang rapat ke arah tangki bahan api.

Video teaser terakhir ini diterbitkan sebelum Suzuki bakal membuat kemunculan rasmi di acara INTERMOT yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan.

Nampaknya, pedang Suzuki sudah sedia untuk beraksi!

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.