Berita Global Kereta

Video Honda Civic Type R melawan jentera lumba Civic BTCC dan Civic Sport

Apakah yang akan terjadi apabila anda meletakkan sebuah Honda Civic Type R bersebelahan dengan sebuah Honda Civic Sport (1.5 liter turbo) dan sebuah jentera lumba Civic BTCC?

Honda telah berkampung di Litar Knockhill, Scotland bagi menguji prestasi sebenar ketiga-tiga buah kenderaan tersebut di atas litar lumba.

Adalah tidak adil untuk memulakan perlumbaan antara ketiga kereta tersebut secara serentak oleh kerana perbezaan kuasa dan berat yang begitu ketara di antara Civic Sport (180 hp/240 Nm), Civic Type R (316 hp/400 Nm) dan Civic BTCC (350 hp/400 Nm).

Honda memulakan perlumbaan dengan melepaskan Civic Sport sebagai pendahulu diikuti oleh Civic Type R dan diakhiri oleh jentera lumba Civic BTCC.

Keputusan yang diperoleh amat ketara oleh kerana jentera lumba Civic BTCC hanya mengambil masa kira-kira 55.65 saat untuk menamatkan perlumbaan di hadapan kedua-dua buah kereta tersebut, berbanding Civic Sport dan Civic Type R yang mengambil masa lebih daripada 1 minit.

Saksikan video penuh di bawah untuk melihat prestasi tiga buah Civic mengelilingi litar Knockhill.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.