Berita Global Motosikal

Video acah ketiga Suzuki Katana dedah rekaan tangki bahan api

Jika sebelum ini Suzuki telah menerbitkan dua video menunjukan bagaimana sebuah pedang dibina daripada mula, kini ‘pedang’ Suzuki telah siap dibina dan bersedia untuk memotong musuhnya.

Minggu ini Suzuki telah menerbitkan sebuah lagi video acah yang pertama kalinya membenarkan orang ramai melihat sekilas pandang bagaimana rupa Suzuki Katana yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Walaupun sekadar satu ke dua saat, imej tersebut memaparkan rekaan tangki bahan api yang diinspirasikan daripada rekaan asal Suzuki Katana yang hadir ke pasaran sekitar tahun 1980-an.

Berdasarkan sekilas pandang yang dipertontonkan, ia menggambarkan Suzuki Katana bakal meminjam beberapa elemen daripada model Katana yang asal, termasuklah tema warna yang digunakan.

Dikhabarkan, Suzuki Katana baharu (Katana 3.0) ialah sebuah street bike dengan rekaan separa fairing dan akan menggunakan platform daripada model GSX-R1000.

Pun begitu, untuk memastikan rupa sebenar Suzuki Katana, dikhabarkan mereka akan menerbitkan sebuah lagi video acah pada minggu hadapan!

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.