Berita Global Elektrik Trak

Trak elektrik Rivian dikesan menyamar sebagai Ford F-150

Laman automotif Inside EVs telah mengesan sebuah trak pikap F-150 di kawasan parkir dengan wayar pengecasan terpasang pada bahagian fender sisi hadapan trak pikap tersebut.

Namun, usah tertipu ini kerana Ford tidak pernah hadir mendatangkan trak pikap popular itu dengan penawaran kuasa elektrik selain daripada enjin bentangan V6 dan V8 yang berkuasa itu.

Apa yang pasti, ‘Ford F-150’ ini merupakan sebuah trak pikap di bawah pembangunan syarikat kenderaan elektrik Rivian yang bakal hadir ke pasaran pada lewat tahun 2019.

Rivian F-150 elektrik ini hanya menggunakan badan kabin pinjaman daripada F-150 yang diletakkan ke atas casis asas sistem penggerak berkuasa elektrik yang menyerupai rekaan sebuah papan seluncur (skateboard).

Pun begitu, Rivian dikatakan tidak akan memproduksikan trak pikap mereka dengan badan F-150, sebaliknya hadir dengan rekaan tersendiri dengan jarak pengoperasian sejauh 650 km dengan sekali pengecasan penuh.

Mereka mensasarkan untuk melancarkan beberapa varian trak pikap ini dengan kapasiti bateri dan aksesori yang berbeza di bawah harga jualan antara julat $50,000 sehingga $100,000 (RM206k-RM413k).

Produksi trak pikap Rivian ini bakal mengambil tempat di kilang lama Mitsubishi yang terletak di Illinois, tapak baharu operasi Rivian kini.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.