Berita Global Kereta

Toyota Supra bertransmisi manual sedang dibangunkan?

Semenjak transmisi automatik telah berjaya ditambah baik menjadikannya ia lebih efisien berbanding transmisi manual (termasuklah kadar penggunaan bahan api), transmisi manual semakin pudar dari pasaran kenderaan baharu, termasuklah bagi segmen kenderaan sukan, supercar dan hypercar.

Hanya segelintir sahaja pengeluar yang berani memproduksikan kereta sports mereka dengan transmisi manual disebabkan permintaan yang masih tinggi di kalangan para pengguna dan purist.

Untuk peminat dan pendukung Toyota Supra generasi baharu A90 yang bakal dilancarkan bila-bila masa sahaja daripada sekarang, usah risau kerana kereta kegemaran anda bakal mempunyai perancangan untuk menerima pilihan transmisi manual, sebagaimana yang disebutkan oleh jurutera pembangunan Supra, Masayuki Kai kepada Car Advice Australia.

Namun, penawaran transmisi manual ini akan dimulakan di negara pemanduan sebelah kanan (right-hand-drive) dengan Jepun bertindak sebagai negara perintis mendahului negara-negara yang lain.

Menurut Kai, Jepun yang merupakan negara pemanduan sebelah kanan adalah pasaran utama bagi kenderaan jenama Toyota (dan Supra khususnya), jadi ia perlu dijual di Jepun terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada negara RHD yang lain.

Dengan pengenalan Supra versi manual, ia bakal membawa Supra ke dalam kelas yang tersendiri di kalangan para peminat dan pendukung semangat Supra yang asal, memandangkan model kembar Supra A90, BMW Z4 hanya ditawarkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan sahaja, selain memberikan penawaran harga yang lebih rendah kepada para pembeli yang berpotensi.

Sehingga kini, terdapat tiga puluh lima peratus negara di dunia yang mengamalkan sistem pemanduan sebelah kanan (right-hand drive) termasuklah Jepun dan Malaysia, manakala selebihnya merupakan negara pemanduan sebelah kiri (left-hand drive).

Sekiranya berita di atas adalah benar, ia merupakan satu perkembangan terbaharu ini dilihat memberikan harapan kepada para peminat Supra di Malaysia agar UMW Toyota membawa masuk Toyota Supra A90 ini dengan pilihan transmisi manual dan automatik, apatah lagi sebelum ini mereka juga turut membawa masuk model kereta sports Toyota 86 secara rasmi dengan dua penawaran transmisi tersebut.

GT86 dengan transmisi manual

Secara maklumat tambahan dan perbandingan, harga jualan Toyota 86 di Malaysia bermula dari RM257,502.00 bagi varian manual.

Kemaskini: Menurut sumber daripada maklumat dalaman, sehingga artikel ini ditulis, Toyota Supra A90 hanya akan ditawarkan transmisi automatik sahaja. 

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.