Berita Global Kereta

Tinggalkan Ferrari, Kimi Raikkonen sertai pasukan Sauber F1 bermula 2019

Pemandu F1, Kimi Raikkonen dikatakan bakal kembali kepada pasukan Formula 1 Sauber pada tahun 2019 setelah menamatkan kontrak bersama Ferrari pada penghujung musim perlumbaan 2018.

Pasukan Ferrari telah mengesahkan berita penarikan diri Raikkonen dan mengumumkan tempat beliau bakal digantikan oleh pemandu junior Charles Leclerc dari pasukan Sauber F1.

“Sepanjang karier Raikkonen, beliau telah banyak menyumbang kepada pasukan Ferrari, dan (Raikkonen) akan kekal menjadi sebahagian daripada sejarah pasukan dan keluarga Ferrari,” Ferrari di dalam satu kenyataan meraikan sumbangan Raikkonen.

Pemandu berusia 38 tahun itu telah memenangi 20 kejuaraan sepanjang penglibatan beliau di dalam pasukan Sauber bermula tahun 2001, dan kemudian meninggalkan sementara dunia F1 untuk mencuba nasib di dalam World Rally Championship.

Ternyata jiwa F1 lebih sebati dengan beliau apabila Raikkonen kembali berlumba bersama pasukan Lotus F1 pada tahun 2012 dan kemudian menyertai pasukan Ferrari pada tahun 2014.

 

 

View this post on Instagram

 

Guess who’s back?! Next two years with @sauberf1team ahead! Feels extremely good to go back where it all began!

A post shared by Kimi Räikkönen (@kimimatiasraikkonen) on

Menerusi akaun rasmi Instagram, Raikkonen menyebut bahawa beliau akan kembali kepada pasukan Sauber F1 dengan kontrak perlumbaan selama dua tahun.

Sauber menerusi satu kenyataan rasmi mengalu-alukan kehadiran pelumba F1 tersebut ke dalam pasukan mereka yang akan memulakan tugas seawal musim 2019.

“Lantikan Kimi Raikkonen yang berbakat dan berpengalaman sebagai pemandu pasukan Sauber bukan sahaja membantu membangunkan kereta lumba kami, bahkan ia mampu mempercepatkan pertumbuhan dan penyelidikan pasukan secara menyeluruh.”

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.