Berita Global

Tesla daftar rekaan paten ‘automated turn signal’

Menggunakan lampu isyarat membelok tidak menjadi masalah bagi sebahagian daripada kita pengguna jalan raya yang prihatin lagi berbudi bahasa budaya kita.

Namun, apa yang menjengkelkan ialah sikap sesetengah masyarakat yang enggan menggunakan ciri keselamatan ini sebagai sebahagian daripada tabiat memandu yang betul, terutama ketika menukar laluan dan memasuki simpang.

Jika beberapa teknologi sedia ada sudah memudahkan urusan seharian seperti pintu auto-gate untuk SUV, MPV malah hatchback kecil, Tesla pula mengambil kesempatan ini untuk “memanjakan” lagi golongan pemalas jalan raya ini dengan mendaftarkan rekaan paten bagi teknologi lampu isyarat automatik.

Sistem ini menggunakan kombinasi data daripada beberapa peralatan pemanduan seperti sudut putaran stereng, input daripada kamera pengekalan laluan, serta radar dan pengesan ultrasonik yang menganalisis pergerakan kenderaan ketika berada di jalan raya.

Sekiranya sistem mengesan kesemua input daripada peralatan berkenaan mencapai piawaian yang ditetapkan, lampu isyarat akan menyala secara automatik mengikut arah pergerakan kenderaan.

Mungkin ada baiknya teknologi ini hadir ke pasaran Malaysia, yang mana terkenal dengan sikap sesetengah pengguna yang enggan menggerakkan jari mereka untuk memberikan isyarat ketika menukar laluan.

Dokumen pendaftaran tersebut boleh dibaca menerusi pautan Scribd di bawah.

 

tesla by Fred Lamert on Scribd

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.