Berita Global Motosikal

Suzuki terbit video acah Katana menjelang acara INTERMOT ’18

Suzuki telah menerbitkan beberapa buah video acah yang menampilkan proses pembuatan sebuah pedang Jepun yang lebih dikenali dengan nama “katana” (かたな).

Suzuki bukanlah merancang untuk menghasilkan sebuah pedang produksi massa, ia lebih berkait rapat dengan nama ikonik sebuah motosikal yang bakal dilahirkan semula tidak lama lagi.

Sebelum ini Suzuki pernah menunjukkan kepada umum sebuah motosikal one-off Katana menggunakan asas daripada GSX-S1000 pada sebuah acara di Milan tahun lalu.

Kehadiran Suzuki Katana ini merupakan satu tindakan berani daripada pengeluar Jepun itu apabila mereka dikatakan bakal hadir dengan sebuah Hayabusa, GSX-R600 dan GSX-R750 serba baharu ke pasaran dalam masa yang terdekat.

Beberapa video acah Katana bakal diterbitkan setiap minggu sebelum pengenalan rasmi pada INTERMOT tahun ini.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.