Berita Global Teknologi

Sound.AI – sistem kecerdasan pintar mengesan bunyi siren daripada bomba, ambulans

Antara masalah utama yang sering dihadapi oleh para penyelamat ialah kesukaran dan kedegilan kenderaan lain memberikan laluan kepada mereka ketika berlaku kecemasan, terutama ketika membawa pesakit ke hospital.

Tambah merumitkan apabila laluan kecemasan yang sewajarnya dikosongkan untuk tujuan itu telah digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kembali, dua orang pekerja daripada pembekal barangan automotif ZF telah membangunkan sebuah prototaip yang dinamakan Sound.AI membolehkan kereta “mengesan” kehadiran kenderaan bomba, ambulans dan polis.

Menggunakan dua buah mikrofon kalis air yang diletakkan di bahagian hadapan dan belakang, sistem kecerdasan buatan (AI) akan menganalisa bunyi sekeliling dan memberikan notifikasi visual kepada pemandu supaya memperlahankan sistem bunyi yang terpasang dan pemandu boleh memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan.

Ini merupakan ciri yang sangat berguna, terutama kepada para pemandu yang mungkin mengalami masalah gangguan pendengaran akibat penyakit mahupun penyakit buatan (penggunaan speaker yang terlalu kuat).

Bahkan menurut wakil ZF itu lagi, kenderaan yang dilengkapi dengan ciri swapandu akan mengesan isyarat bunyi siren yang dihasilkan, seterusnya memberikan laluan mengikut keadaan trafik sekeliling.

Idea untuk menghasilkan Sound.AI itu dicadangkan oleh dua orang pekerja ZF, Florian Ade dan Julian Fieres ketika syarikat tersebut mengadakan cabaran inovasi teknologi tahu lepas, dan sehingga kini, mereka berdua memantau perkembangan pembangunan prototaip ini.

Dengan adanya teknologi sedemikian, Florian dan Julian berharap ia mampu memberikan bantuan khususnya kepada kenderaan bomba, ambulans dan peronda terutama ketika berlaku sebarang insiden kecemasan.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.