Berita Global Kereta

Presiden Trump terima The Beast serba baharu

Kenderaan rasmi Presiden USA yang terdahulu, The Beast yang diasaskan daripada Cadillac limo telah pun berusia sepuluh tahun dan secara rasminya sudah ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini.

Bagi memastikan Presiden Trump dilindungi dengan lebih berkesan ketika bergerak menjalankan tugas-tugas rasmi, sebuah limosin berperisai Cadillac baharu telah ditugaskan untuk melaksanakan tugas tersebut di atas jalan raya.

Walaupun tampak seperti sebuah sedan limosin (dengan jarak antara roda yang sangat panjang), The Beast yang baharu ini sebenarnya dibangunkan di atas platform trak daripada GM bagi menampung beban perisai kalis peluru yang bakal dimuatkan seberat kira-kira 9,000 kg termasuklah kelengkapan keselamatan yang sangat panjang.

Limo Presiden ini turut menggunapakai format tempat duduk 2+3+2 sama seperti model Beast terdahulu namun seperti biasa, segala kelengkapan dan aksesori kekal menjadi rahsia kerajaan Amerika Syarikat.

Presiden Trump akan menggunakan khidmat The New Beast ini untuk berulang alik dari pesawat rasmi kerajaan Air Force One menuju ke tempat lawatan rasmi beliau sepanjang tempoh menjadi Presiden Amerika.

Sumber: Road and Track

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.