Berita Global Elektrik Kereta

Polestar sasar ubah transaksi pembelian konvensional kepada digital sepenuhnya

Subjenama Volvo bagi kenderaan prestasi berkuasa elektrik, Polestar dilihat bakal mengubah cara transaksi pembelian konvensional seperti mana yang kita semua alami pada masa kini.

Menurut CEO Polestar, Thomas Ingenlath yang juga bekas ketua unit rekaan Volvo, pusat pameran Polestar Spaces bakal menempatkan segala maklumat dan informasi yang berkaitan dengan kereta Polestar (sehingga kini terdapat Polestar 1 Coupe dan Polestar 2 EV) sahaja, dan segala urusan pembelian haruslah dibuat menerusi transaksi dalam talian.

Tambah beliau lagi, pakar produk Polestar yang ditugaskan akan sekadar membantu memberikan informasi dan penerangan berkenaan kenderaan prestasi Polestar kepada para pelanggan, akan tetapi individu ini bekerja tidak berdasarkan komisyen seperti mana kebiasaan jurujual bekerja.

Polestar juga inginkan kesemua urusan dilakukan dengan mudah menerusi aplikasi mudah alih telefon pintar, di mana para pembeli boleh mengunci dan membuka kenderaan mereka, memulakan operasi enjin, termasuklah menempah slot servis bagi kenderaan anda, semuanya menerusi satu sentuhan mudah.

Dengan aplikasi mudah alih ini, pelanggan juga tidak perlu hadir ke pusat servis Polestar untuk urusan servis, sebaliknya hanya perlu menunggu di rumah sahaja dan segala kerja (pengambilan dan penghantaran semula kenderaan) akan diuruskan sendiri oleh pasukan khidmat selepas jualan Polestar.

Polestar kini di dalam perancangan untuk membangunkan Polestar Space di bandar New York akhir tahun 2019 dengan sembilan unit lagi bakal menyusul di Atlanta, Boston, Chicago, Dallas, Los Angeles, Miasmi, San Francisco, Seattle dan Washington D.C.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.