Berita Global

Pemilik C-Coupe tayang kereta dengan tulisan “Mercedes is Trash” pada badan kereta

Penduduk di Belgrade, Serbia berkemungkinan besar telah melihat kereta Mercedes-Benz C-Class Coupe tersadai di tepi jalan raya dengan beberapa tulisan tercetak pada badan kenderaan.

Ramai yang menyangka ia sebuah kenderaan kempen promosi terkini daripada Mercedes-Benz, namun sekiranya diamati betul-betul, ia tidaklah sebaik yang disangka.

Berdasarkan perkataan yang tertera pada badan kereta, pemilik kereta C-Class Coupe itu mendakwa tidak berpuas hati dengan mutu khidmat selepas jualan Mercedes-Benz yang telah melakukan kerja yang tidak professional.

Pada bahagian sisi kenderaan tertulis ayat yang membawa maksud “Mercedes is trash, 30,000 km clutch set not supported by warranty.”, manakala pada bahagian bonet pula menjelaskan dengan lebih terperinci

Mercedes is trash, starter replaced at 13,000 km, clutch set at 30,000 km, both not covered by warranty

Mesej tersebut menjelaskan pemilik tersebut menghadapi masalah starter yang telah digantikan pada jarak perbatuan 13,000 km, manakala klac yang bermasalah pula pada 30,000 km yang ditukar namun kedua-dua komponen tersebut nampaknya tidak dilindungi oleh jaminan pengeluar.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak Mercedes-Benz tempatan bagi menjernihkan keadaan.

Seringkali kita dengar aduan menyatakan pihak pengeluar tidak mahu menggantikan barang yang bermasalah di bawah waranti dan mahu menyalahkan pengguna akibat “penggunaan yang tidak bertanggungjawab”.

Kisah pemilik Mercedes dari Serbia ini mengingatkan kita kepada kisah seorang pemilik Honda Accord beberapa tahun lalu yang mendakwa kenderaan miliknya tidak bagus dan sering kali mendatangkan masalah sepanjang tempoh pemilikannya.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.