Berita Global Trak

Mitsubishi dedah imej acah trak pikap Triton dengan Dynamic Shield

Setelah beberapa kali imej intipan Mitsubishi dikesan sedang diuji di atas jalan raya, kali ini Mitsubishi telah menerbitkan sekeping imej acah yang memaparkan bahagian hadapan trak pikap yang dikemas kini tersebut.

Berdasarkan imej tunggal yang dipaparkan, Mitsubishi bukan sekadar ‘menampal’ front fascia yang dipinjam daripada Mitsubishi Pajero Sport, lampu utama yang lebih kecil dan tajam sebelum dihiasi dengan elemen Dynamic Shield yang ikonik.

Imej janaan komputer. Sumber: Car Advice

Mitsubishi Triton baharu ini dijangka akan hadir dengan rekaan baharu pada keempat-empat arca roda serta lampu belakang rekaan serba baharu bagi menyeimbangkan kembali rekaan yang tajam pada muka hadapan trak pikap ini.

Secara kasar, perubahan besar yang dilakukan oleh Mitsubishi ini menjadikan trak pikap Triton berubah menjadi lebih muskular atau berotot berbanding model terdahulu yang tampak lembut.

Imej intipan Triton yang dikesan beberapa bulan yang lalu

 

Berdasarkan laporan daripada CarScoops, beberapa imej intipan Mitsubishi Triton dengan muka baharu ini telah tersebar sejak bulan yang lalu  menandakan ia semakin hampir dengan pelancaran rasmi kepada umum tidak lama lagi.

Tidak dapat dipastikan adakah pembaharuan yang dibawakan ini akan turut sama melibatkan perubahan pada bahagian nadi kuasa yang sebelum ini menggunapakai enjin 2.4 liter MIVEC diesel turbo (181 PS/430 Nm).

Mitsubishi walau bagaimanapun dilaporkan tidak akan menyertai acara Paris Motor Show 2018 yang akan berlangsung pada Oktober ini.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.