Berita Global Kereta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe bakal hadir Oktober ini!

Ini mungkin merupakan berita gembira kepada para peminat siri model AMG oleh kerana Mercedes-AMG kini mengumumkan untuk menambah GT 4-Door Coupe sebagai pelengkap kepada SLS AMG dan juga AMG GT.

Mercedes-AMG GT 4 Door Coupe direka secara in-house oleh Mercedes-AMG dan dijangka bakal memasuki fasa produksi bertempat di kilang Sindelfingen, Jerman dengan kos pelaburan mencecah $1.75 billion (RM7.24 billion).

Dibangunkan sepenuhnya sebagai sebuah sports car paling berkuasa di dalam siri produksi biasa dan bukan sebuah sedan mewah, Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe ini direka sebagai pewaris spiritual dan memenuhi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mercedes-AMG CLS 63 sebelum ini.

Varian tertinggi GT 63 S bakal menggunakan enjin bentangan V8 berkapasiti 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 630 hp dan 900 Nm tork maksimum.

Model yang disasarkan untuk bersaing dengan Porsche Panamera ini bakal dilancarkan secara rasmi Oktober ini di Eropah, manakala pasaran Amerika dikatakan bakal menerima model kelas permulaan GT 53 disamping GT 63 dan GT 63 S bermula tahun hadapan.

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe versi V8 hibrid yang lebih berkuasa juga telah disahkan oleh Mercedes-AMG bakal memasuki fasa produksi bila-bila masa dengan kuasa yang disasarkan melebihi 800 hp.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.