Berita Global Kereta

Mercedes-AMG dedah imej acah kereta prestasi A 35 2019

Tinggal beberapa minggu sahaja sempena pelancaran rasmi di Paris Motor Show, Mercedes-AMG telah memperlihatkan beberapa imej acah yang memberikan gambaran sebuah lagi kereta talaan AMG bakal menemui umum tidak lama lagi.

Imej acah yang memaparkan sebuah hatchback lima pintu itu bakal memakai lencana A 35, logo AMG pada grill hadapan dengan rekaan garisan melintang berkembar serta warna unik yang bakal ditawarkan menerusi model AMG termurah di pasaran.

Tidak banyak perubahan yang dikesan pada model hatchback A 35 ini oleh kerana ia masih membawakan identiti keluarga A-Class, namun versi A 45 dijangka bakal menampilkan bahagian luaran yang lebih agresif, terutama pada bahagian hadapan serta penampakan empat buah tip ekzos di bahagian belakang.

Menurut laporan, Mercedes-AMG A 35 menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang dijangka menghasilkan kuasa sekitar 300 kuasa kuda dan sistem pacuan semua roda 4MATIC.

Bagi mereka yang tinggal di Eropah, tempahan akan mula dibuka bermula Oktober ini dengan penghantaran pertama disasarkan bermula pada bulan Disember.

One Comment

  1. Pingback: Mercedes-AMG A35 2019 rasmi dilancarkan – 302 hp/400 Nm, 0-100 km/j 4.7 saat!

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.