Berita Global Kereta

Lexus Digital Outer Mirrors – kamera sisi menggantikan cermin sisi fizikal

Di saat beberapa pengeluar sudah pun memperlihatkan prototaip ciri kamera sisi bagi menggantikan cermin fizikal, Lexus nampaknya mendahului mereka dengan memperkenalkan Digital Outer Mirrors pada sedan ES.

Ciri ini membolehkan kamera memberikan visual yang lebih luas dan mengelakkan titik buta yang lebih besar, terima kasih kepada penggunaan kamera bersudut lebar yang dipasang pada kedua-dua belah sisi kenderaan.

Reka bentuk cermin sisi telah dikecilkan dimensinya berbanding cermin sisi konvensional bagi menambah baik pemandangan ke luar yang lebih luas dan mengurangkan kadar bising angin menyerbu ke dalam kabin.

Lexus mendatangkan ciri-ciri kustomisasi yang membolehkan pemandu menetapkan kadar keluasan pemandangan bagi kedua-dua belah sisi cermin selain mengekalkan ciri amaran titik buta sebagai ciri keselamatan standard.

Imej yang dirakam oleh kamera akan dipaparkan menerusi dua buah skrin kecil bersaiz kecil di penjuru hadapan kabin.

Lexus juga memberikan jaminan rekaan sistem kamera tersebut akan terus kekal berfungsi walaupun ketika musim hujan dan salji tebal.

Berdasarkan regulasi keselamatan semasa global, kamera sisi Lexus ini hanya akan ditawarkan di pasaran Jepun sahaja sebelum ia diperluaskan kepada pasaran utama yang lain.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.