Berita Global Kereta

Kia K3 GT dilancarkan di Korea – enjin 1.6 liter turbo GDI 201 hp, 265 Nm!

Kia membuat kejutan dari Korea dengan mendedahkan beberapa imej rasmi Kia K3 GT yang dijadualkan bakal dilancarkan di sana bulan hadapan.

Kia K3 GT (lebih dikenali dengan nama Forte, Cerato di sesetengah pasaran) mempertaruhkan prestasi kuasa bernadikan enjin turbo dan seni reka bentuk yang diinspirasikan daripada BMW 6 Series Gran Turismo, menjadikannya salah satu poin jualan unik (USP) oleh Kia.

Dari segi rupa luaran, bahagian hadapan masih mengekalkan muka K3 versi sedan dengan gril hadapan dikemaskan dengan elemen berwarna merah dan emblem GT.

Menambahkan lagi imej sporty Kia K3 GT ini ialah penggunaan rim bersaiz 18 inci menghiasi keempat-empat ruang arca roda serta centre caps berwarna merah.

Lampu belakang pula menampilkan rekaan unik lampu jenis LED ala-ala BMW yang tidak terdapat pada mana-mana model Ceed atau Sportwagon sebelum ini.

Kia K3 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter GDI turbo yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 204 PS serta tork maksimum 265 Nm, sebelum disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Mungkinkah ini alternatif kepada mereka yang mahukan sebuah 6 Series pada harga yang lebih murah?

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.