Berita Global Kereta

Kenderaan autonomi terdedah kepada risiko godam oleh pihak ketiga – Blackberry

Walaupun kemajuan teknologi pemanduan autonomi atau swapandu kini sudah banyak dibangunkan oleh para pengeluar automotif global, isu keselamatan kenderaan tersebut ada kalanya menjadi kerisauan bagi sesetengah pihak.

Menurut pegawai eksekutif Blackberry John Chen memberi amaran bahawa kenderaan swapandu terkini mampu untuk digodam dan ditukarkan sebagai “senjata berbahaya” yang mampu mengancam keselamatan umum.

Bercakap kepada The Telegraph, Chen memberikan gambaran bahawa kenderaan autonomi masa kini memakai siri kod pengaturcaraan yang kompleks berbanding kenderaan terdahulu, dan dengan teknologi mobiliti terhubung yang diperlukan oleh kenderaan masa kini memudahkan lagi ia digodam oleh pihak ketiga.

Tambah beliau lagi, Blackberry meramalkan teknologi swapandu bakal dilancarkan sepenuhnya dalam masa lima tahun akan datang, walaupun terdapat pihak dan syarikat gergasi yang mahukan teknologi tersebut dilepaskan kepada umum lebih awal.

“Regulasi semasa dan keselamatan, serta tahap sekuriti alam maya perlu dipantau dan dibuat dengan lebih teliti sebelum membenarkan kereta autonomi memulakan operasi,” tegas beliau.

Antara isu yang turut dibangkitkan ialah cabaran kepada syarikat insurans dan pembuat undang-undang yang berkaitan dengan ciri pemanduan sendiri untuk menentukan siapa yang perlu bertanggungjawab ketika insiden kemalangan terjadi.

Blackberry sebelum ini telah menerbitkan garis panduan yang terdiri daripada tujuh pendekatan utama yang perlu diambil oleh syarikat pengeluar menghadapi isu keselaman siber kenderaan swapandu.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.