Berita Global Motosikal

Kawasaki dedah dua model motosikal 125 baharu – Ninja 125 & Z125 2019

Kawasaki telah mendedahkan butiran ringkas berkenaan dua buah model motosikal yang bakal memakai nombor 125, iaitu Kawasaki Ninja 125 2019 dan juga Kawasaki Z125 2019.

Kedua-dua model tersebut bakal menggunakan enjin silinder tunggal dengan sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 14.8 kuasa kuda dan mengguna pakai rangka jenis trellis.

Maklumat penuh berkenaan kedua-dua model ini bakal didedahkan kepada umum pada Intermot Show di Cologne pada 2 Oktober ini.

Berikut merupakan maklumat ringkas berkenaan Ninja 125 dan Z125 2019.

Kawasaki Ninja 125 *

Kuasa: 11.0 kW (15 PS)
Dimensi: 1,935 mm x 685 mm x 1,075 mm
Tayar hadapan: 100/80-17M/C 52S
Tayar belakang: 130/70-17M/C 62S
Ketinggian tempat duduk: 785 mm

Kawasaki Z125 *

Kuasa: 11.0 kW (15 PS)
Dimensi: 1,935 mm x 740 mm x 1,015 mm
Tayar hadapan: 100/80-17M/C 52S
Tayar belakang: 130/70-17M/C 62S
Ketinggian tempat duduk: 815 mm

Berdasarkan perbandingan, Kawasaki Z125 2019 ini mempunyai dimensi yang lebih kurang serupa dengan Kawasaki Z250SL, namun ia lebih besar jika dibandingkan dengan Kawasaki Z125 Pro (dimensi 1,699 mm x 749 mm x 1,005 mm).

*Tertakluk kepada keputusan akhir homologasi.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.