Berita Global Elektrik Trak

Hyundai Fuel Cell Electric Truck – trak kelas 8 berkuasa elektrik bakal buat kemunculan

Bersempena acara pertunjukan IAA Commercial Vehicle bertempat di Hannover, Jerman pada minggu hadapan, Hyundai mengambil kesempatan untuk membuat kemunculan sulung model konsep trak elektrik kelas 8 (Class 8 Semi) berasaskan sel bahan api (fuel cell)

Trak elektrik tersebut menampilkan rekaan konvensional sebuah lori kargo dengan rekaan spoiler, panel sisi berukir dan rekaan cermin sisi yang lebih aerodinamik.

Gril hadapan menggunaan rekaan yang serupa terdapat pada model Nexo dan Santa Fe memberikan penampakan yang serba unik dan berkuasa, dibantu dengan pencahayaan berwarna biru dan lampu jenis LED.

Hyundai tidak mengumumkan spesifikasi lengkap trak elektrik ini, namun mereka bakal mendedahkan info selanjutnya pada acara IAA Commercial Vehicle tersebut.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.