Berita Global Motosikal

Honda X-ADV pintas kedudukan BMW R 1200 GS sebagai motosikal terlaris di Eropah

Segmen motosikal kembara di Eropah sudah mempunyai raja yang baharu apabila ia berjaya mengenepikan model terlaris di Eropah selama bertahun-tahun.

Buat pertama kalinya, BMW R 1200 GS terpaksa turun daripada takhta jualan terlaris apabila pendatang baharu, Honda X-ADV berjaya memintas kedudukan GS sekaligus menjadi motosikal paling laris untuk separuh pertama tahun 2018.

Honda X-ADV merupakan sebuah skuter crossover yang membawakan ciri sebuah skuter dan motosikal kembara di dalam sebuah produk 750 cc yang serba berani.

 

Walaupun mungkin bagi sesetengah pihak ia merupakan motosikal yang pelik, resepi yang dibawakan oleh Honda dibuktikan dengan kejayaan jualan sebanyak 3,233 unit pada bulan Januari sehingga Ogos, berbanding 3,180 unit GS yang terjual dalam tempoh yang sama.

Jika dilihat kepada perubahan trend semasa pemilikan motosikal kembara di Eropah, mungkin sekali BMW tidak akan berdiam diri.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.