Berita Global Kereta

Honda Jazz generasi baharu sedang diuji – varian petrol, hibrid dan EV dalam perancangan

Honda Jazz (Honda Fit untuk sesetengah pasaran) sudah berada di pasaran semenjak tahun 2014, dan sehingga kini, Honda telah mendatangkan beberapa kemas kini bagi memastikan hatchback popular ini kekal malar segar untuk pasaran.

Namun, beberapa gambar intipan yang disebarkan melalui laman web Carscoops ini membuktikan Honda sedang menguji generasi baharu Honda Jazz di Eropah yang memakai nombor pendaftaran Jerman.

Berdasarkan pandang kali pertama terhadap kereta yang dibaluti pelekat samaran itu, Honda telah memberikan beberapa perubahan fizikal yang boleh dikesan seperti dimensi tingkap segitiga hadapan yang lebih besar, memanjang ke belakang, dan fizikal yang tampak lebih seimbang.

Honda Jazz/Fit bakal diperkenalkan kepada umum menjelang tahun 2020 dengan penawaran enjin petrol (gasolin) dan pilihan versi hibrid yang mana ia merupakan unit yang sama didapati pada Honda Insight baharu.

Terdapat desas desus mengatakan Honda bakal melancarkan Jazz versi elektrik sebagai varian paling premium di dalam barisan jualan Jazz.

Berdasarkan laporan daripada Nikkei awal tahun lalu, sebuah Honda Jazz EV bakal memberikan jarak pengoperasian sejauh 300 km dengan harga jualan dijangka mencecah $18,000 (RM75,000).

Negara China disebut sebagai destinasi pertama pengenalan Honda Jazz EV ini menjelang pertengahan tahun 2020.

 

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.