Berita Global Kereta

Honda Civic Type R FK8 Evasive Motorsports – jentera serius berkuasa 400 hp!

Jika dilihat menerusi spesifikasi standard kilang yang ada pada Honda Civic Type R, generasi kelima Type R dengan kod FK8 ini sememangnya mampu untuk menguasai mana-mana litar dengan mudah.

Ini dapat dibuktikan menerusi Type R Challenge di mana Honda Civic Type R FK8 ini sudah lima kali berturut-turut memecahkan rekod terpantas di litar-litar lumba utama seperti Silverstone dan Spa-Francorchamps.

Namun, di pihak yang berbeza, sekadar memiliki sebuah FK8 standard tidak memberi apa-apa makna tanpa menyentuh titik yang lemah dan seterusnya menambah baik untuk menjadikannya sebuah kereta lumba yang sempurna.

Itulah yang difikirkan oleh Mike Chang dan Tony Kwan daripada Evasive Motorsports sejak daripada saat pertama mereka memiliki Honda Civic yang terpantas ini.

Enjin K20AC1 2.0 liter dengan kuasa standard 316 hp tidak dibiarkan begitu sahaja, dengan pengetahuan dan produk sedia ada, mereka telah menaik taraf beberapa komponen seperti down pipe, front pipe, barangan daripada GReddy seperti intercooler, oil cooler dan sistem ekzos daripada GReddy Supreme SP.

Dengan bantuan talaan ECU daripada Hondata Flashpro, Honda Civic Type R ini dengan mudah mampu mencecah hampir 400 kuasa kuda!

Modifikasi tidak terhenti setakat itu apabila Evasive Motorsports turut memasang bar anti-oleng dan roll center adjuster buatan sendiri, chassis braces daripada Ultra Racing serta EVS Tuning carbon seat delete bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh kereta.

Rim asal Type R bersaiz 20 inci pula telah digantikan dengan rim daripada Advan GT bersaiz 18 inci sebelum dibaluti dengan tayar Maxxis VR-1 bersaiz 265/35R18 di hadapan dan 245/40R18 pada bahagian belakang.

Bagi mengurangkan lagi berat badan FK8 ini, penggunaan elemen gentian karbon banyak menguasai bahagian luaran Honda Civic ini seperti lip hadapan, splitter hadapan, splitter sisi, gril hadapan, splitter bahagian sisi, sayap belakang, diffuser belakang serta cermin sisi.

Memegang kemas pemandu ketika berlumba di litar ditugaskan kepada kombinasi kerusi berwarna merah dari Recaro Pole Position serta harnesses enam poin daripada Schroth Clubman.

Honda Civic talaan Evasive Motorsports ini merupakan salah satu perancangan daripada mereka untuk menawarkan khidmat talaan EVS Tuning kepada umum lengkap dengan pakej ujian prestasi masa nyata.

Dengan contoh yang sedia ada, mungkin suatu hari nanti kita akan melihat lebih banyak syarikat penala tampil bagi meneroka potensi sebenar Honda Civic Type R ini.

 

Spesifikasi:

Enjin:
Honda K20AC1 2.0L, front pipe dan down pipe EVS Tuning,  intercooler GReddy, oil cooler GReddy, ekzos Greddy Supreme SP, radiator Koyo, talaan ECU Hondata FlashPro

Drivetrain:
Transmisi manual Honda enam kelajuan, LSD OS Giken 1.5-way, prototaip transmission bypass/cooler EVS Tuning

Sistem gantungan/sistem brek:
3-way adjustable coilovers AST 5300 Series, kit chamber belakang Eibach (modifikasi oleh EVS), adjustable sway bars Eibach , prototaip roll center adjuster hadapan EVS Tuning, chassis braces Ultra Racing, rotor hadapan 2-piece Tarox F2000, pad brek prestasi Tarox Enduro, pad brek belakang Project Mu Club Racer, bendalir brek Project Mu 355

Rim/Tayar:
Advan GT 18×10.5-inch depan 18×9-inch belakang,
Maxxis VR-1 265/35R18 depan, 245/40R18 belakang (kegunaan harian),
Maxxis RC-1 265/35R18 depan, 235/40R18 belakang (kegunaan litar)

Luaran:
Lip hadapan karbon EVS Tuning, splitter hadapan karbon EVS Tuning, splitter sisi karbon EVS Tuning, sayap belakang karbon EVS Tuning, cangkuk tunda hadapan EVS Tuning, ruang ventilasi hood prototaip EVS Tuning, gril hadapan karbon prototaip EVS Tuning, skirt sisi dan diffuser belakang karbon prototaip EVS Tuning, cermin sisi stail GT karbon prototaip EVS Tuning

Dalaman:
bar oleng belakang EVS Tuning, carbon seat delete EVS Tuning, kerusi Recaro Pole Position,  6-point harnesses Schroth Clubman

Sumber: Speedhunters

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.