Berita Global Elektrik Kereta

EQ S – jawapan Mercedes-Benz kepada Tesla Model S

Setelah melancarkan SUV elektrik sepenuhnya di bawah subjenama EQ, Mercedes-Benz masih mempunyai beberapa perancangan untuk memperkenalkan lebih banyak penawaran kenderaan elektrik pada masa akan datang.

Terbaharu, menurut laporan daripada Autocar, Daimler kini sedang merancang untuk mengeluarkan sedan kelas mercu (flagship) berkuasa elektrik yang akan diposisikan bersama S-Class akan tetapi dimensi yang lebih kurang serupa dengan CLS.

Model yang diberi nama EQ S ini akan mengguna pakai platform kenderaan elektrik yang khusus serba baharu dan bakal menampilkan dua buah motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 402 kuasa kuda dan 765 Nm.

Sekiranya EQ C dirancang pembangunan dan produksinya di kilang Bremen, EQ S pula bakal diproduksikan di kilang utama Daimler Sindelfingen, Stuttgart yang akan bermula musim panas akan datang.

EQ S dijangka akan menembusi pasaran sekitar tahun 2020, seiring dengan pengenalan hatchback kompak EQ A.

Jika anda menyangka Mercedes-Benz akan berpuas hati dengan tiga model sahaja, anda silap kerana menurut laporan, kira-kira 130 buah EV kini sedang menunggu giliran untuk direalisasikan termasuklah EV, model plug-in hybrid dan EQ Boost mild hybrid.

Malah, Mercedes-Benz juga bakal melancarkan model pesaing kepada Tesla Model 3, crossover kompak, serta kereta sports berkuasa elektrik di bawah lencana Mercedes-AMG pada masa akan datang.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.