Berita Global Kereta

Bos Toyota guna Century talaan GRMN sebagai kenderaan rasmi

Toyota Century atau lebih dikenali sebagai Rolls Royce Jepun telah memasuki generasi ketiga pada bulan Jun yang lalu dengan imej limosin kelas atasan yang serba mewah dan premium, mengalahkan imej mewah yang ditunjukkan oleh subjenama Lexus itu sendiri.

sebuah Century ‘standard’

Namun, tiada yang lebih menarik daripada seorang bos Toyota bergerak di dalam sebuah Century yang hadir dengan penggayaan kit badan daripada GRMN atau nama panjangnya “Gazoo Racing tuned by Meister of Nürburgring.”

Berdasarkan beberapa keping imej yang tersebar menerusi laman sosial, jelas kelihatan Akio Toyoda – Presiden Toyota – dibawa menaiki sebuah Toyota Century talaan GRMN ketika menghadiri mesyuarat bersama Pengerusi Japan Automotive Manufacturers Association (JAMA).

Toyota Century tersebut jelas menerima layangan warna rasmi GRMN – putih, kit badan berwarna hitam dan merah – serta rim serba baharu yang menaikkan lagi seri sebuah kereta rasmi presiden syarikat automotif terbesar di dunia itu.

1867 – tahun kelahiran pengasas Toyota

Menurut laman Twitter sebuah penerbitan Jepun Best Car Web, Akio Toyoda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menawarkan kit GRMN untuk Century ke pasaran dalam masa terdekat, atau ia mungkin kekal eksklusif kepada Akio Toyoda sahaja.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.