Berita Global Motosikal

BMW Motorrad lancar BMW R1250GS dan R1250RT 2019 dengan teknologi pemasaan injap – pertama buat BMW

BMW Motorrad telah memperkenalkan versi kemas kini buat motosikal BMW R1250GS dan juga BMW R1250RT bersempena dengan ulang tahun ke-35 pengenalan motosikal touring boxer ke pasaran dunia.

Kemaskini terbaharu ini merangkumi beberapa perubahan daripada aspek teknikal dan mekanikal, terutama kepada nadi penggerak utama kedua-dua buah motosikal berenjinkan boxer ini.

Enjin bersesaran 1,250 cc ini telah menerima penambahan sesaran sebanyak 84 cc sekaligus memberikan peningkatan kuasa kepada 136 kuasa kuda dan tork maksimum 142 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 6,250 rpm.

ShiftCam Technologi, teknologi pertama seumpamanya untuk motosikal BMW

BMW Motorrad turut memperkenalkan ciri pertama yang ada pada motosikal boxer mereka iaitu ShiftCam Technology, sistem pemasaan injap boleh ubah yang memberikan tahap pelepasan emisi yang lebih bersih, melancarkan peredaran kuasa pada putaran enjin yang rendah dan menambah kuasa pada putaran enjin yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, aspek mekanikal turut disentuh seperti penggunaan rantai bergerigi bagi menggerakkan camshaft, sistem pembekal minyak yang dioptimasikan, injap penyuntik twin-jet serta sistem ekzos serba baharu.

Berikut merupakan perincian bagi kedua-dua model R1250GS dan R1250RT.

BMW R1250GS

  • ciri keselamatan seperti Automatic Stability Control (ASC), Hill Start Control
  • mod tunggangan Dynamic, Dynamic Traction Control
  • skrin paparan 6.5 inci TFT warna penuh, dengan ciri BMW Motorrad Multi-Controller
  • lampu utama LED, ciri pilihan lampu nyalaan siang jenis LED


BMW R1250RT

  • ciri keselamatan Automatic Stability Control, Hill Start Control
  • mod tunggangan Dynamic, Dynamic Traction Control, Dynamic Pro, Enduro dan Enduro Pro
  • sistem suspensi elektronik Dynamic ESA dengan ciri fully automatic load compensation
  • skrin paparan 5.7 inci TFT warna penuh, meter analog kelajuan dan RPM
  • ciri DRL secara pilihan

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.