Berita Global

Batal lesen memandu jika pemandu gagal melihat pada jarak minima 20 meter – Pihak Polis England

Pasukan polis daripada tiga buah lokasi; Thames Valley, Hampshire dan West Midlands kini bersiap siaga untuk melaksanakan operasi pembatalan lesen memandu bagi pemandu yang tidak melepasi ujian penglihatan.

Menurut pihak berkuasa, para pemandu yang didapati tidak melepasi ujian penglihatan pada jarak 20 meter bakal dibatalkan lesen memandu mereka serta merta menerusi sekatan jalan yang bakal diadakan.

Di bawah peraturan semasa, para pelajar perlu menjalani ujian penglihatan mandatori dengan melihat dan membaca nombor pendaftaran kenderaan daripada jarak 20 meter.

Menerusi operasi ini, pihak berkuasa boleh memohon untuk pembatalan lesen memandu seseorang sekiranya mereka percaya nyawa dan keselamatan pengguna lain berada di dalam risiko sekiranya pemandu tersebut dibenarkan untuk terus memandu tatkala tahap penglihatan yang kurang memuaskan.

Menurut Driver and Vehicle Licensing Agency (DVLA), sekiranya lesen memandu seseorang itu telah dibatalkan disebabkan ujian penglihatan yang dijalankan, kertas bukti perlu disertakan ketika memohon semula lesen memandu bagi memastikan penglihatan mereka menepati syarat yang telah ditetapkan.

Sekiranya kertas bukti telah disahkan, pihak agensi sekolah memandu perlu menetapkan ujian penglihatan tambahan bagi pemandu tersebut bagi memastikan mereka benar-benar kompeten untuk memandu dengan selamat.

Pihak berkuasa tempatan memberikan amaran mereka akan menjalankan operasi memeriksa penglihatan para pengguna jalan raya tidak mengira waktu dan masa.

Kuasa untuk membatalkan lesen memandu telah diluluskan pada tahun 2013 di bawah Undang-undang Cassie, yang diinspirasikan daripada seorang mangsa kemalangan berusia 16 tahun Cassie McCord yang meninggal akibat dilanggar seorang tua berusia 87 tahun di Colchester, Essex.

Walaupun pemandu tua tersebut gagal di dalam ujian penglihatan yang dijalankan oleh pihak polis, kelompongan undang-undang pada waktu itu membenarkan beliau terus memandu walaupun dengan tahap penglihatan yang kurang memuaskan.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.