Berita Global Kereta

BAIC tetap berjaya kuasai pasaran dengan SUV BJ40 Plus ala-ala Wrangler

Sekilas pandang, anda mungkin menyangka ia sebuah Jeep Wrangler memandangkan rekaan badan yang muskular dan tegap ini.

Namun, anda silap kerana ia sebenarnya sebuah SUV BJ40 Plus dengan kemampuan off-road yang dihasilkan oleh syarikat China, BAIC, dikatakan sebagai pesaing kepada Suzuki Jimny.

Terdapat empat varian yang ditawarkan iaitu 2.0 T Manual Premium Edition, 2.0T Manual Edition, 2.3T Automatic Enjoyment Version dan 2.3T Auto Ultimate yang diambil daripada Saab.

Bahagian luaran tidak kurang hebatnya dengan ciri lampu utama depan dan belakang LED jenis tiga dimensi, rim bersaiz 17 inci yang dibalut dengan tayar all-terrain 265/65 R17.

Sementara bahagian dalaman pula menampikan sistem infotainmen bersaiz 12.3 inci, pencahayaan lampu suram, sistem bunyi enam buah speaker, sistem kawalan iklim dua zon dan corong pendingin hawa pada baris kedua.

Sekiranya anda mengatakan BAIC tidak laku kerana rekaan yang menyerupai Jeep Wrangler, anda juga silap kerana mengikut data yang diperoleh, BAIC telah menjual hampir 14,000 unit SUV (terdiri daripada BJ20, BJ40 dan BJ80) bagi separuh pertama tahun 2018.

Malah, jualan kenderaan tenaga baharu (new energy) juga meningkat sebanyak 78.5% kepada 54,000 unit dalam tempoh yang sama tahun ini.

Menurut Xu Heyi, pengerusi unit jualan BAIC berkata, “kedua-dua sektor (SUV dan kenderaan tenaga baharu) ini kini merupakan kunci kepada kejayaan kami masa kini, jadi kami tidak perlu bersusah payah untuk menguasai kesemua sektor yang ada.”

Selain menambah baik penawaran SUV sedia ada, BAIC juga kini merancang untuk memperkenalkan kereta PHEV dan sel bahan api (fuel cell) menjelang penghujung 2019 atau 2020.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.