Berita Global Informasi

Adakah brek tangan manual semakin pupus?

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh CarGurus kepada lebih 32 pengeluar kenderaan di UK, brek tangan tradisional dikatakan semakin hampir ke arah kepupusan oleh kerana majoriti kini menumpukan perhatian pada ciri brek parkir elektronik.

Angka 37% hanya mewakili kereta baharu terjual di United Kingdom yang masih dilengkapi dengan ciri brek tangan manual, manakala hanya dua pengeluar yang masih setia dengan ciri tradisional tersebut untuk setiap model keluaran iaitu Dacia dan Suzuki.

Pengeluar premium yang lain seperti Mercedes-Benz, Audi, Jaguar, Lexus, Porsche dan Land Rover sudah lama menghentikan penawaran ciri zaman tuk kaduk itu dan menggantikannya dengan sebuah punat brek parkir elektronik.

Sebagai seorang yang lebih meminati ciri mekanikal pada sesebuah kenderaan, penulis sebenarnya mempunyai perasaan berbelah bahagi untuk ciri brek tangan manual dan elektronik ini, oleh kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Sudah tentu, menggunakan ciri yang terkini lebih memudahkan kerana ia tidak memerlukan tenaga yang lebih dan menghasilkan ruang kabin yang lebih luas kerana hanya sebuah punat diperlukan untuk memastikan kenderaan tidak bergerak, berbanding brek tangan tradisional.

Apatah lagi kini ia turut didatangkan dengan fungsi brake hold, brek parkir automatik dan bantuan mula mendaki (hill-hold assist), yang mana ia sangat sesuai bagi pemandu yang sering kali lupa untuk ‘melepaskan’ brek tangan ketika hendak memulakan pemanduan.

Di Malaysia pula, kita masih lagi menikmati ciri klasik ini pada kenderaan keluaran terkini dan pengeluar tempatan seperti Perodua tidak menunjukkan sebarang tanda bilakah masanya mereka akan bertukar kepada ciri yang lebih maju ini.

Manakala Proton pula sudah mula mengorak langkah ke arah ini menerusi pengenalan SUV pertama mereka, Proton X70.

One Comment

  1. Pingback: Video: Mampukah anda lakukan ‘handbrake turn’ dengan punat e-brake?

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.