Berita Domestik

YB Baru Bian sempurnakan majlis pecah tanah projek naik taraf Jalan Balakong (FT3211)

Syarikat pemaju yang menjadi penyumbang utama kepada pembangunan kawasan Balakang, Parkland Group telah diberikan tanggungjawab untuk menaik taraf Jalan Balakong (FT3211).

Majlis pecah tanah sempena naik taraf Jalan Balakong tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Tuan Baru Bian bertempat di Balakong, petang tadi.

Menurut Baru Bian, projek ini akan dikawal selia oleh Majlis Perbandaran Kajang bersama Jabatan Kerja Raya Selangor mengikut piawaian jalan yang telah ditetapkan.

Projek naik taraf jalan sepanjang 0.8 km ini menelan belanja kira-kira RM8 juta dan turut membabitkan pembinaan jalan berkembar empat lorong, naik taraf persimpangan berlampu isyarat, pemasangan lampu jalan, naik taraf saliran longkang dan juga pengalihan utiliti.

Projek ini dijangka akan bermula pada bila-bila masa di dalam masa terdekat dan pihak pemaju menjangkakan projek ini bakal menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang sering kali melanda Jalan Balakong setelah siap kelak.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.