Berita Domestik

Selamat datang Proton X70 – Nama rasmi bagi SUV pertama Proton!

Hari ini Proton telah menjemput media tempatan untuk melihat sendiri produk SUV pertama mereka yang menggunakan platform dari Geely, Boyue.

Ia juga menyaksikan pengenalan kepada nama untuk produk terbaharu ini, Proton X70 yang juga menandakan permulaan Proton untuk menggunakan nama-nama yang lebih global.

Cara penamaan lama seperti Exora, Satria, Iriz dan lain-lain akan ditamatkan.

Walaubagaimanapun, bagi pendapat penulis, kami merasakan untuk produk ikonik seperti Saga, ia perlu diteruskan untuk pasaran tempatan.

Menurut Proton, nama X70 telah dipilih dalam pertandingan yang dilakukan selama sebulan. Kesemua pilihan nama itu berkisar dengan abjad dan nombor yang sama (PX70, X7, X70 dan X700) dan seramai 90,000 penyertaan diterima.

60 peratus telah memilih nama X70 dan lima pemenang utama telah diumumkan.

X bermaksud Crossover manakala nombor 70 menggambarkan saiz atau segmen untuk SUV dalam keluarga baharu Proton.

Ia seperti Volvo XC40, XC60 dan XC90. Ia juga bermakna akan ada model-model SUV lain di dalam keluarga Proton.

Proton X70 sudah boleh mula ditempah secara rasmi bermula esok 8 Sept dengan bayaran sebanyak RM1,000.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.