Berita Domestik Terbaru Berita

Pusat pameran Proton bertaraf 3S dibuka di Sungai Dua, Pulau Pinang

Sebagai memenuhi usaha Proton dalam memberikan mutu khidmat pelanggan yang semakin baik, Top Zone Auto Gallery selaku pengedar kenderaan jenama Proton telah menaik taraf pusat pameran 2S kepada pusat bertaraf 3S bertempat di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Dengan jumlah kos naik taraf bernilai RM1.5 juta, keseluruhan lot bangunan kedai telah digunakan sebagai pusat yang memberikan khidmat jualan, servis serta alat ganti kepada para pelanggan di sekitar kawasan Sungai Dua.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Top Zone Auto Gallery, Tuan Haji Sobri Mustafa, pemilihan lokasi pusat pameran 3S ini amat strategik kerana berdekatan dengan laluan utama Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), serta berdekatan dengan pusat kewangan dan perkilangan di Sungai Lokan.

Dengan penambahbaikan cawangan pusat 3S ini, beliau menjangkakan peningkatan jumlah servis kepada 25% ditambah dengan dengan pertumbuhan jualan yang positif pada tahun pertama.

Pusat pameran 3S ni turut menampilkan pusat servis yang mempunyai lima petak servis dan lima servis pengangkat, ruangan menunggu, khidmat sambungan Wi-Fi percuma serta slot pengecasan dan juga ruangan minuman turut disediakan buat para pelanggan menanti kereta mereka siap diservis.

Pusat pameran 3S Top Zone Auto Gallery dibuka setiap hari manakala pusat servis pula beroperasi setiap hari kecuali pada hari Ahad.

Para pelanggan Proton boleh melawat pusat pameran 3S Sungai Dua ini beralamat di
51-59, Jalan Sungai Dua Utama 1, Taman Sungai Dua Utama, 13800 Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Sedikit info tambahan, sehingga 31 Ogos 2018, terdapat lebih 92% atau 100 cawangan telah diluluskan sebagai pusat pameran bertaraf 3S dan 4S, berbanding sasaran sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini.

Selain daripada itu, Proton juga telah mencapai unit jualan sebanyak 9,501 unit kenderaan di dalam bulan Ogos, menjadikannya pencapaian yang tertinggi di dalam tempoh 36 bulan.

Proton juga akan menyerap cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi kesemua model pada bulan September ini sebagai meraikan sokongan para pelanggan terhadap kereta nasional tersebut.

This slideshow requires JavaScript.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.