Berita Domestik

Pelaksanaan SST – VPCM umum harga baharu, jimat sehingga 2.6%

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan harga semakan semula bagi kesemua model Volkswagen selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.

Dengan pengecualian model CBU, harga baru kereta Volkswagen kini lebih rendah daripada harga terdahulu dengan GST 6 peratus.

Di samping itu, Skim Perlindungan Harga VPCM (PPS) masih boleh digunakan untuk semua model yang didaftarkan sebelum 15 November 2018 sementara stok masih ada. Sejak pengenalan PPS, VPCM telah menyaksikan kenaikan permintaan untuk model Volkswagen. Walaupun VPCM melakukan yang terbaik untuk memenuhi permintaan, stok adalah sangat terhad dan pelanggan digesa supaya tidak menunda meletakkan tempahan mereka.

Berikut adalah perbandingan harga harga model yang dipasang secara tempatan dan penjimatan jumlah di bawah PPS:

Model Harga termasuk   6% GST (sebelum 1 Jun) Harga termasuk SST (bermula 1 Sept) Harga dengan GST sifar 0% (1 Jun sehingga 31 Ogos 2018)

*harga semasa dengan PPS

Polo RM76,888 RM74,990 RM72,488
Vento Comfortline RM86,888 RM84,690 RM81,888
Vento Highline RM93,888 RM91,490 RM88,488
Tiguan Comfortline RM148,888 RM146,690 RM138,888
Tiguan Highline RM168,888 RM165,990 RM158,888
Passat Comfortline RM179,990 RM176,690 RM169,488
Passat Highline RM198,990 RM195,390 RM187,488

Harga model yang diimport sepenuhnya (CBU) dan perbandingan dengan jumlah simpanan yang diserap oleh VPCM disenaraikan di bawah:

Model Harga termasuk   6% GST (sebelum 1 Jun) Harga termasuk SST (bermula 1 Sept) Harga dengan GST sifar 0% (1 Jun sehingga 31 Ogos 2018)

*harga semasa dengan PPS

Beetle RM147,888 RM154,190 RM139,488
Golf R-Line RM169,990 RM173,390 RM159,888
Golf GTI RM239,990 RM246,490 RM225,888
Golf R RM295,990 RM304,390 RM278,888

Semua model Volkswagen datang dengan penyelenggaraan percuma 3 tahun termasuklah jaminan pengeluar 5 tahun dan bantuan jalan raya selama 5 tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di www.volkswagen.com.my

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.