Berita Domestik

Pelaksanaan SST – Harga jualan kereta Volvo kekal!

Volvo Car Malaysia telah mengumumkan senarai harga terbaharu produk mereka sempena pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST.

Dari senarai yang dikongsi, nampaknya tiada sebarang kenaikan yang dilihat. Di bawah ialah senarai harga terbaharu Volvo dan juga harga semasa GST.

Senarai itu menunjukan Volvo tidak menikmati faedah insentif pengurangan cukai ILP yang diberikan untuk kenderaan CKD dengan jumlah komponen tempatan melebihi 30 peratus.

Menurut sumber terdekat, Volvo sebenarnya menyerap impak kenaikan SST agar harga pasaran kenderaan mereka stabil.

Volvo Car Malaysia memasang secara tempatan (CKD) kesemua model-model kenderaan yang dijual di sini.

Malah, Volvo Car Malaysia juga menjadikan Malaysia seabagai hab pemasangan untuk wilayah Asean. Volvo mengeksport kenderaan yang dipasang di sini ke negara-negara di bawah:

  • Thailand
  • Brunei
  • Indonesia
  • Vietnam
  • Taiwan
  • Filipina

Volvo juga dalam perancangan untuk mengeksport kenderaan mereka ke Laos dan Cambodia.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.