Berita Domestik Informasi

‘Marshall’ tidak dibenar sekat atau lencong aliran trafik – PDRM

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menerusi laman rasmi mereka, pengiring bagi sesuatu aktiviti konvoi TIDAK LAGI DIBENARKAN untuk mengawal atau menyekat aliran trafik tanpa kebenaran atau kehadiran daripada wakil PDRM itu sendiri.

Kenyataan tersebut dibuat setelah melihat beberapa aktiviti sekatan jalan yang dilakukan oleh segelintir individu yang memakai vest ‘Marshall’ bagi memberikan laluan kepada aktiviti kelab tertentu dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Sehubungan dengan itu, penggunaan marshall dalam sesuatu pertandingan, konvoi beramai-ramai atau apa jua program yang melibatkan jalan raya perlu dihadiri oleh wakil daripada polis trafik untuk mengawal keadaan.

Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah individu marshall ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan sebagainya.

Sekiranya disabitkan kesalahan, individu atau kumpulan tersebut akan diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gambar utama: Pearlmotoclub

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.