Berita Domestik

Kes kesalahan lalu lintas meningkat tiga kali ganda selepas pembatalan sementara operasi AES – Menteri Pengangkutan

Jumlah kesalahan trafik didapati meningkat tiga kali ganda berikutan pembatalan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dicatatkan sebelum 1 September, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.

Loke berkata semasa tempoh sifar saman bermula dari 17 Ogos hingga 31 Ogos, sistem yang kini dikenali Sistem Keselamatan Kesedaran Awam (AWAS) mencatatkan sejumlah 15,000 kes berbanding purata sebelumnya 5,000 kes.

“Kami tidak mempunyai niat untuk menghukum pemandu tetapi kami mahu memastikan pemandu lebih bertanggungjawab di jalan raya, selain menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Loke berkata daripada jumlah kes yang tercatat, terdapat pemandu yang sengaja melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju yang dibenarkan

“Kami berharap dengan pelaksanaan sistem (AWAS) akan mengurangkan bilangan pesalah undang-undang lalu lintas di jalan raya,” kata Loke seperti yang dikemukakan oleh portal berita dalam talian.

Lokasi kamera AES, kamera lampu isyarat akan ditambah – JPJ

Sebelum ini kami telah melaporkan JPJ telah mengambil alih operasi kesemua 45 kamera AWAS berkuatkuasa 1 September ini yang terdiri daripada 29 unit kamera perangkap had laju dan selebihnya kamera lampu isyarat.

Malah, JPJ juga kini sedang merancang untuk menambah lagi bilangan kamera perangkap had laju dan kamera lampu isyarat di beberapa lokasi yang berisiko untuk mengurangkan kadar kemalangan di kawasan terbabit.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.