Berita Domestik

Kawasaki GT World Ninja dilancarkan – kedai konsep premium dan pusat servis di bawah satu bumbung

SC Premium Bikes Sdn Bhd sebentar tadi telah melancarkan pembukaan kedai konsep premium bagi jenama Kawasaki, iaitu Kawasaki GT World Ninja dan Kawasaki Exclusive Service Centre bertempat di Bandar Sunway.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia, Ahmad Faez Tan Sri Yahya serta dihadiri oleh Pengarah Urusan KMSB, Dato’ Jeffrey Lim.

Kawasaki GT World Ninja merupakan kedai konsep premium yang menjual dan mempromosikan motosikal jenama Kawasaki dan turut dibantu operasinya oleh Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) bagi memberikan perkhidmatan servis selepas jualan kepada para pelanggan Kawasaki.

Apa yang menarik, SC Premium Bikes Sdn Bhd selaku pengoperasi Kawasaki GT World Ninja menggunapakai teknologi hijau bagi memberikan kuasa elektrik kepada sistem pencahayaan dan peralatan pejabat menerusi pemasangan kuasa solar.

Dengan pembukaan kedai konsep premium ini, para pelanggan Kawasaki boleh terus membeli motosikal idaman mereka dan dalam masa yang sama boleh menghantar motosikal untuk diservis dan dibaiki di dalam suasana yang lebih eksklusif, semuanya di bawah satu bumbung yang sama.

0 Shares

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.