Berita Domestik Informasi

Isu individu ‘halang’ parkir kenderaan – PDRM beri amaran!

Beberapa minggu yang lalu, kecoh berita yang tersebar menunjukkan imej beberapa manusia yang tidak bertanggungjawab berdiri di kawasan parkir bagi ‘menggantikan’ kenderaan mereka/rakan mereka yang sedang sibuk mencari parkir.

Apatah lagi sekiranya kawasan tersebut merupakan kawasan yang sibuk di pusat membeli belah, atau kawasan perniagaan yang sememangnya sesak dengan kebanjiran warga Malaysia melakukan urusan persendirian.

Bagi mereka yang pernah merasai pengalaman berpusing-pusing mencari tempat parkir, ia akan mendatangkan rasa jengkel hanya mengetahui tempat kosong itu sebenarnya telah ‘ditempah’ oleh kehadiran manusia yang berdiri tegak.

Namun, untuk mereka yang sejak azalinya bekerja sebagai penjaga slot parkir yang tidak bertauliah, PDRM telah mengeluarkan amaran terhadap perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu dan sekaligus ianya boleh membahayakan diri sendiri.

Menurut undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian “Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang“ menyatakan seperti berikut:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

Apa Cerita

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.